Sejurus selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu berakhir, Dato’ Ahmad Fadil bin Shamsuddin selaku Datuk Pengelola Bijaya Diraja mengeluarkan satu kenyataan rasmi bagi pihak Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Seri Paduka baginda menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli parlimen dan Ketua Setiausaha Negara serta semua pihak yang terlibat di dalam proses temu bual di antara Seri Paduka Baginda dan ahli-ahli Parlimen yang berlangsung selama dua hari di Istana negara.
Sumber: Bernama