Satu kumpulan bersenjata telah membunuh lima jemaah serta 40 orang lagi diculik dalam satu serangan di sebuah masjid di Zamfara, Nigeria ketika menunaikan solat Jumaat.
Menurut jurucakap polis, Mohammed Shehu, seramai 40 orang telah diculik termasuk salah seorangnya adalah imam masjid berkenaan.
Dalam kejadian tersebut, kira-kira 100 individu bermotosikal melepaskan tembakan ke arah jemaah di kampung tersebut. Kejadian tersebut berlaku ketika imam masjid tersebut menyampaikan khutbah dan penjenayah tersebut menyerang dan menembak mangsa korban.
Bagaimanapun, pihak polis negara tersebut telah menghantar pasukan keselamatan ke tempat kejadian. Penyiasat juga sedang melakukan siasatan ke atas kejadian serangan ini.
Tambahnya lagi, kejadian seperti ini sering berlaku di kawasan tersebut kerana rundingan damai dengan pihak berkuasa tempatan gagal menamatkan serangan tersebut.
Sumber: CNN Indonesia