Kisah di sebalik maskot yang bekerja di Teluk Cempedak ini akan menggores hati anda.

Posted on

Jika kita pergi ke pusat beli-belah, sememangnya tidak sukar untuk kita bertemu dengan maskot watak kartun yang sentiasa menghiburkan kanak-kanak. Mereka akan lakukan pelbagai gaya yang lucu untuk mengukir senyuman dan gelak-tawa di wajah kanak-kanak.

Tetapi, di sebalik topeng yang digayakan, adakah kita tahu siapa gerangannya yang berusaha untuk menghiburkan semua orang ini?

Baru-baru ini, tular di internet apabila beberapa keping gambar maskot Doraemon dirakam sedang duduk di atas batu di tepi pantai. Maskot yang kelihatan bersedih itu mendapat perhatian dan simpati daripada orang ramai.

Sekiranya anda pernah ke Teluk Cempedak, Kuantan, anda mungkin pernah melihat maskot yang dibicarakan ini. Sama seperti gambar-gambar yang lain, gambar yang satu ini juga mempunyai rahsia disebaliknya.

Menurut satu kiriman di Facebook oleh seorang pengguna dengan nama Teru Teru Bozu, orang disebalik kostum itu sebenarnya merupakan seorang wanita tua yang telah menghabiskan masa bertahun-tahun demi menghiburkan orang lain untuk mendapatkan wang. Pengguna yang dikatakan turut menggayakan kostum adiwira itu mendakwa bahawa dia mengenali wanita di sebalik kostum Doraemon itu.

“Dia hanya seorang wanita tua yang ingin menghabiskan hidupnya dengan membawa kegembiraan kepada kanak-kanak. Anda mungkin akan teringat kepada ibu anda sendiri jika anda benar-benar tahu siapa di sebalik kostum itu,” tulisnya.

Seorang pengguna lain, Firdaus Exyai, berkongsi bahawa dia juga pernah bertemu dengan wanita itu ketika wanita itu memakai kostum. Dalam ulasannya, dia berkata, “Saya meletakkan kepala saya di atas bahunya dan tiba-tiba saya mendengarnya mengiau. Itulah saatnya apabila saya mengetahui bahawa Doraemon ini mempunyai suara wanita.”

Selain itu, seorang pengguna lain turut berkongsi pengalamannya yang melihat maskot Hello Kitty di lokasi yang sama sekitar pukul 10 malam. Malangnya, ketika itu kawasan itu sunyi-sepi dan maskot itu dilihat hanya duduk tanpa melakukan apa-apa, dengan balang tip diletakkan di atas lantai di hadapannya.

Walaupun kisah ini agak menggores hati dan mengundang simpati ramai, namun ternyata perkara ini sebenarnya adalah realiti kehidupan. Kadang-kala, kita perlu melakukan perkara yang tidak pernah kita fikir, demi menyara kehidupan.
Sumber: World of Buzz & erabaru

Sebelum ini kisah maskot ini memang telah div1ralkan.Kalau pergi kat mall atau tempat rekreasi, korang mesti pernah jumpa dengan maskot berkostum macam Doraemon ke, Hello Kitty ke dan macam-macam lagi untuk ceriakan kanak-kanak. Tapi korang pernah terfikir tak, siapakah orang di sebalik kostum yang besar ini?

Menerusi satu perkongsian di Fcebook, admin agak tersentuh apabila netzen dedahkan tentang identiti individu di sebalik kostum Doraemon di kawasan pantai Teluk Cempedak, Kuantan. Korang takkan percaya siapa dia sebab.“Dia hanyalah seorang makcik tua yang kini habiskan usia tuanya menghiburkan orang ramai di samping mencari rezeki”

Menurut perkongsian tersebut, insan di sebalik kostum Doraemon ni hanyalah seorang makcik tua yang gigih mencari rezeki dan pada masa yang sama nak habiskan sisa hidupnya dengan menggembirakan orang sekeliling. Allah sebak bila baca tentang ni!


Sumber: Facebook

“Sapa yang bergambar tu berilah RM1 atau seikhlas hati… kalau tengok muka dia korang pasti ingat ibu korang”

Netzen yang mengenali makcik tersebut jugak comfirm kan kisah ini dan dorang mintak kalau korang berjumpa dengan makcik tersebut, hulurkanlah RM1 atau lebih sebagai penyambung rezeki insan ni.Ada jugak yang terkejut sebab dorang tak sangka suara di sebalik kostum ni rupanya seorang makcik. Aduhai..

Sumber: Facebook

Hello Kitty ni pun seorang makcik…

Malah bukan makcik ini seorang saja yang buat kerja macam ni, Hello Kitty yang dikongsikan netizen kat bawah ni juga pun seorang makcik. Sedih admin lihat orang tua buat kerja-kerja begini.

Sumber: Facebook

Admin doakan semoga urusan makcik di sebalik kostum-kostum ini dipermudahkan. Kalau korang jumpa dengan maskot macam ni, korang support dan berilah derma sekadar termampu. Jangan usik-usik dorang macam mereka ni tak ada harga diri.

Apa kata anda ? Jangan lupa like komen dan share ya. Tq

Sumber:lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.