Kisah Lelaki Meninggal Dunia Positif Covid-19, Jalan Kaki Dari Johor Ke Terengganu Nak Jumpa Keluarga

Posted on

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), seorang lelaki tekad untuk pulang bersendirian ke kampung untuk menemui keluarganya dengan berjalan kaki dari Johor ke Terengganu.

Namun, ketika dalam perjalanan, hajat tersebut tidak kesampaian apabila dia ditemui meninggal dunia di tepi jalan di Rompin, Pahang.

Lebih meruntun hati, selepas bedah siasat dijalankan, mangsa disahkan pula sebagai positif jangkitan Covid-19.

Ikuti perkongsian oleh Ustaz  Muhammad Rafieudin Zainal Rasid, sukarelawan yang bertanggungjawab menguruskan jenazah menerusi Skuad Pengurusan Jenzah Malaysia (SPJM).
AJAL DI PERTENGAHAN JALAN…

Sebentar tadi saya baru menerima panggilan dari Jabatan Forensik Hospital Tunku Ampuan Afzan, Kuantan yang meminta bantuan SPJM untuk menguruskan satu jenazah Covid-19.

Arwah dikatakan bekas pengawal keselamatan di Hospital Segamat, Johor dan menetap di sana secara sendirian. Keluarganya berada di Kuala Terengganu.

Kandungan

Arwah telah berhenti kerja

Waris memaklumkan yang arwah telah berhenti kerja dan berniat untuk mencari pekerjaan lain di sana. Namun hajatnya terhenti kerana arahan PKP telah bermula pada pertengahan bulan Mac lalu.

Dia tidak boleh pulang ke kampung kerana tidak mempunyai kenderaan dan perkhidmatan pengangkutan awam pula tidak beroperasi.

Ambil keputusan pulang ke kampung berjalan kaki

Setelah sekian lama menunggu PKP masih juga belum berakhir, arwah mengambil keputusan untuk berjalan kaki sendiri dari Segamat, Johor menuju ke Kuala Terengganu.
Malangnya ketika dia berada di kawasan Muadzam Shah – (Rompin), arwah ditemui meninggal dunia di tepi jalan. Jenazahnya dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk prosedur bedah siasat.

Meninggal dunia dan disahkan Covid-19

Oleh kerana dibimbangi membawa penyakit Covid-19, jenazah dibawa pula ke Hospital Tunku Ampuan Afzan, Kuantan dan di sana dia disahkan positif Covid-19.

Warisnya dari Kuala Terengganu telah dihubungi dan telah berada di Kuantan. Namun mereka tidak berkemampuan untuk membayar kos menguruskan jenazah tersebut yang mengenakan caj paling rendah sebanyak RM 1500.

SPJM bantu waris uruskan jenazah

Oleh sebab itu, pihak hospital menghubungi SPJM untuk membantu waris menguruskan jenazah tersebut.

Memandangkan ini adalah kali pertama pihak SPJM Negeri Pahang terlibat dalam kes Covid-19, maka pihak SPJM Pusat akan bertolak ke Kuantan pada malam ini bagi membantu skuad di sana.

Jenazah akan diuruskan pada awal pagi esok dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali, Kuantan.

Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh salurkan ke akaun rasmi pertubuhan:

*PERTUBUHAN SKUAD PENGURUSAN JENAZAH MALAYSIA* (PPM-026-14-24012018)

CIMB: 8603-48-9285

BSN: 1410-0410-0030-6186

Salinan resit boleh dihantar ke 601129811055 untuk rekod kami.

Semoga segala urusan dipermudahkan Allah dan semoga Allah merahmati dan melimpahkan rezeki kepada setiap penyumbang yang budiman. Aamiin.”

SPJ MALAYSIA KE ARAH PENGURUSAN JENAZAH PATUH SYARIAH PROFESSIONAL ANTARABANGSA!

Akhukum fillah;

Ustaz Rafie Zainal – Undertaker

Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia

Majlis Usrah Nur Fattah

013-322 7937 (24 jam berkhidmat untuk ummah)

Sementara itu, menerusi perkembangan terkini Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mangsa yang ditemui mati di Romping adalah seorang lelaki berusia 30 tahun.

Menurut KKM, mangsa disahkan sebagai kes kematian ke-110 daripada kes ke-6743.

Walau bagaimanapun, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut.

Takziah diucapkan keluarga mangsa dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin.

Sumber: Muhammad Rafieudin Zainal Rasid, KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.