KKM Nasihat Sambut Hari Raya Secara Tertutup Di Rumah, Lindungi Keluarga Dari Jangkitan Covid-19

Posted on

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan seluruh umat Islam di negara ini untuk menyambut perayaan Aidlifitri yang akan menjelang kurang dua minggu lagi, secara tertutup di rumah masing-masing.

Menurut KKM, tindakan ini adalah sebagai satu usaha bagi setiap individu untuk melindungi ahli keluarga mereka terutamanya golongan yang berisiko tinggi dijangkiti wabak Covid-19 seperti warga emas.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan aktiviti ziarah- menziarahi pada hari raya pertama dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa.

Namun, setiap keluarga hendaklah mematuhi SOP kesihatan seperti penjarakan sosial, pemakaian penutup mulut dan hidung, dan amalan kebersihan kendiri seperti penggunaan hand sanitizer sepanjang sambutan perayaan ini.

Sumber: KKM Putrajaya

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.