Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa Kluster Perhimpunan di Masjid Seri Petaling telah tamat pada hari ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa kluster Covid-19 di Malaysia iaitu Kluster Perhimpunan Masjid Seri Petaling adalah diisytihar tamat pada hari ini.
Kluster ini kemungkinan besar berpunca dari luar negara dan menular dalam negara melalui perhimpunan di masjid itu.
Secara rasmi diisytiharkan kluster terbesar di negara kita, Kluster Perhimpunan di Masjid Seri Petaling tamat hari ini.
Tahniah dan terima rakyat š²š¾.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) July 8, 2020
#COVID19 : Kluster Sri Petaling diisytihar tamat hari ini - KP Kesihatan @DGHisham pic.twitter.com/jT7rFOn5eA
— BERNAMA (@bernamadotcom) July 8, 2020
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Redmi K30 Pro Zoom Edition Turut Dilancarkan Dengan Kemampuan Zum 30X
Redmi K30 ProĀ telah dilancarkan hari ini sebagai telefon mercu 5G dengan Snapdragon 865 paling mampu milik di pasaran dengan harga bawah RM2000 sebuah. Pada waktu yang samaĀ Redmi K30 Pro ZoomĀ Edition turut dilancarkan dengan kemampuan zum sehingga 30X.
Peranti dilengkapi skrin 6.67-inci AMOLED FHD+ yang menyokong paparan kandungan HR10+, pengimbas cap jari dalam skrin dan kadar segar semula 60Hz. Sebagai langkah mengurangkan kos skrin dengan kadar segera semula dan resolusi lebih tinggi tidak digunakan.
Ini dipadankan dengan cip Snapdraon 865, memori 8GB RAM LPDDR5, storan sehingga 256GB UFS 3,1 dan bateri sebesar 4700 mAh. Bateri yang agak besar ini menyokong pengecasan pantas 33W menerusi port USB-C. Tiada sokongan pengecasan nirwayar atau mengecas peranti lain secara nirwayar di sini.
Spesifikasi kamera utama pula ialah 65-MP sudut lebar, 13-MP ultra sudut lebar, 8-MP telefoto dan 2-MP makro. Kuad-kamer ini disusun dalam sebuah bonjol kamera berbentuk bulat. Perbezaan spesifikasi kamera terletak pada sensor telefoto yang meningkat ke 8-MP berbanding 5-MP pada K30 Pro biasa.
Pada bahagian hadapan pula sebuah kamera pop naik sebesar 20-MP. Redmi mengekalkan rekaan kamera pop naik dengan lampu LED terbina sekali lagi enggan mengikut trend lubang kamera pada skrin,
Apa yang kami rasakan menarik ialah peranti masih mempunyai kemampuan kalis air IP53, bicu audio 3.5mm, WiFi 6 dan sokongan rakaman video pada resolusi 8K 30FPS.
Di China Redmi K30 Pro ditawarkan pada hargaĀ RMB3799 (~RM2380)Ā sebuah untuk versi 8/128GB danĀ RMB3999 (~RM2505)Ā untuk versi 8/256GB.