Koronavirus: Bapa sebak lihat anak terpaksa dikuarantin dalam bilik kaca

Posted on

Koronavirus: Bapa sebak lihat anak terpaksa dikuarantin dalam bilik kaca| Seorang bapa di Wuhan, China hanya mampu melihat bayinya dari cermin kaca selepas bayi itu terpaksa dikuarantin akibat dijangkiti wabak koronavirus.

Menerusi video yang dikongsikan di Twitter, lelaki itu gagal menahan sebak tatkala melihat bayinya terpaksa tinggal berseorangan di dalam bilik kaca tersebut.

Video berdurasi 14 saat itu tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya sebak melihat situasi dua beranak itu.

Netizen turut berharap agar vaksin koronavirus dapat dibangunkan dengan segera sekaligus mengawal wabak berbahaya itu dari terus menular.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir setengah juta tontonan dan diulang kicau lebih 32,000 kali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.