Koronavirus: ‘Korea Utara yang zalim pun sekat, Malaysia nak tunggu ada kematian?’

Posted on

Beberapa negara sudah melaksanakan larangan masuk pelancong dari China berikutan penularan wabak coronavirus termasuk Korea Utara.

Penutupan sementara sempadan Korea Utara telah bermula sejak Rabu lalu, kata Young Pioneer Tours menerusi satu kenyataan yang dikongsi di Twitter.

Tindakan pantas tersebut mendapat pujian ramai kerana negara pimpinan Kim Jong-un itu sering disifatkan sebagai kejam dan zalim dalam sistem pemerintahan.

“Korea Utara yang sering digambarkan sebagai zalim dan sangat tegas dengan rakyat sendiri mengambil langkah drastik memberhentikan kemasukkan pelancong bagi membendung coronavirus,” kata sebuah posting di Facebook.

Menurut posting tersebut juga, walaupun banyak bergantung sumber kepada negara tembok besar itu namun Korea Utara tetap dengan pendirian bagi menghalang warga China ke negara berkenaan.

Posting tersebut mengundang komen netizen yang rata-rata turut berharap agar kerajaan Malaysia akan mengambil langkah sama bagi membendung penularan wabak coronavirus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.