WUHAN – Panggilan seorang jururawat meminta pertolongan daripada orang ramai untuk mengangkat mayat pesakit virus koronavirus tidak diendahkan sehingga menyebabkan dirinya menangis akibat tindakan masyarakat.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah hospital di sini kini dipenuhi dengan pesakit virus tersebut bagi merawat wabak tersebut yang boleh mengundang maut, lapor South China Morning Post yang memetik sumber.
Seorang saksi wanita yang dikenali sebagai Xioxi berkata ketika kejadian, dia telah pergi ke hospital tersebut bagi mendapatkan rawatan buat suaminya.
Menurutnya, dia juga telah menyaksikan adegan-adegan yang mengerikan di mana mayat-mayat yang telah dibungkus menggunakan linen ditinggalkan di koridor hospital sementara ramai yang lain sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan.
“Saya menyerahkan satu pek tisu kepada jururawat itu. Dia menangis ketika cuba mendapatkan bantuan beberapa orang untuk mengalihkan mayat tetapi tiada sesiapa yang memberi respons padanya.
“Pasukan kesihatan awam kini dalam keadaan terdesak akibat keadaan pesakit yang tidak terkawal disebabkan virus (koronavirus) ini. Di sini anda akan melihat ahli keluarga kini sedang berjuang untuk mendapatkan katil dan rawatan di sini. Kami sangat terdesak,” katanya.
Terdahulu, 41 orang maut akibat virus terbabit dan kira-kira 1,000 kes telah dilaporkan setakat ini.
This was our most-viewed video on Twitter this week - the footage allegedly shows dead bodies lying in hospital in Wuhan, the city where the #coronavirus originated👇 pic.twitter.com/o3Jv38eexs
— Al Jazeera English (@AJEnglish) January 25, 2020