BEIJING – Pakar dari Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (CDC) berjaya mengasingkan sejumlah besar kuantiti novel koronavirus (2019-nCoV) dari sampel alam sekitar yang didapati dari pasar makanan laut eksotik di Wuhan, China.
Kejayaan itu memberi petunjuk bahawa virus yang kini telah meragut 80 nyawa itu berasal dari daging haiwan liar yang dijual di pasar itu.
Agensi Xin Hua memetik wakil Institut Kebangsaan Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit sebagai berkata 33 daripada keseluruhan 585 sampel yang diperoleh dari pasar Huanan mengandungi asid nukleik 2019-nCoV.
Laporan media sebelum ini menyebut kebanyakan kes penyebaran penyakit berjangkit daripada segi kedudukan geografi itu menunjukkan hubung kait yang rapat antara epidemik dan pasar makanan laut itu.
Sejumlah 31 daripada 33 sampel positif diperoleh dari kawasan barat pasar berkenaan di mana terdapat banyak gerai menjual haiwan liar.
Keputusan itu memberi petunjuk penyebaran novel koronavirus berkait rapat dengan penjualan daging haiwan liar, jelas pakar itu lagi.
Kejayaan pengasingan virus itu membuktikan Pasar Borong Makanan Laut Huanan mengandungi 2019-nCov dalam kuantiti yang cukup besar, menurut pakar lagi.