Kota Bharu: 40 individu bergejala Covid-19 mahu beraya di rumah

Posted on

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengesan seramai 40 individu mempunyai gejala jangkitan Covid-19 yang enggan menjalani tempoh kuarantin di tujuh Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di negeri ini.

Pengarah PKRC Dr. Mohd.Azman Yusof berkata, mereka memberi alasan tidak boleh pulang ke rumah untuk menyambut Syawal yang akan tiba kurang seminggu lagi sekiranya berada di pusat kuarantin.

Katanya, sehubungan dengan itu, JKNK kini sedang memujuk dan merayu individu yang terlibat agar hadir ke PKRC untuk menjalani kuarantin sekali gua dapat mengelakkan penularan Covid-19 sekiranya mereka dijangkiti.

“Individu yang bergejala perlu ditempatkan di PKRC. Kita bimbang apabila salah seorang ahli keluarga bergejala, kemungkinan besar jangkitan Covid-19 akan berlaku.

“Kita faham mereka mahu menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah, namun jika individu itu bergejala, ia akan menyebabkan jangkitan tersebar. Jadi, mereka perlu menjalani tempoh kuarantin di PKRC,” katanya ketika ditemui pemberita di PKRC Gelanggang Seni di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Dr. Mohd. Azman, pihaknya tidak teragak-agak untuk melaporkan hal itu kepada pihak polis jika 40 individu yang dikesan itu masih degil dan tidak mahu ke PKRC.

Katanya, beliau berharap agar orang ramai atau individu yang bergejala jangkitan Covid-19 dapat mematuhi arahan petugas kesihatan bagi mengelak daripada sebarang tindakan dikenakan.

sumber : Kosmo Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.