Lagi kes cabul kanak-kanak gais. Dengar kata hari ni pasal kes seorang ustaz pula.
Seorang bekas guru agama hanya sempat menikmati kebebasannya selama 10 hari, sebelum sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap kanak-kanak, Mac 2019.
Pada 4 Disember yang lepas, Nik Hazmi Ghani, 39, telah pun dibebaskan daripada penjara selepas dia selesai menjalani hukuman selama dua tahun.
Dalam prosiding di hadapan Hakim Bazli Bahruddin hari ini, tertuduh didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di sebuah bilik pondok tahfiz di Kubang Kerian, antara jam 2 hingga 3 pagi pada pertengahan Mac 2019.
Dia mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkenaan yang didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga hingga 15 tahun dan sebat.
Nik turut memohon penangguhan hukuman sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi dan Mohd Yusoff membenarkannya dengan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin.
Menurut sumber, semasa Nik menjalani hukuman penjara pada 2019, dia dipercayai sempat melakukan perbuatan terkutuk itu kepada mangsa.
Kredit: Harian Metro