Kuala Krai rekod status gelombang haba tahap Dua

Posted on

Kuala Krai di Kelantan merekodkan status cuaca panas tahap dua atau gelombang haba hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu hantaran di Facebook sebentar tadi.

Agensi itu berkata, cuaca panas tahap dua dikeluarkan bagi suhu maksimum harian melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Portable Fan

Selain itu, rekod bacaan dikemas kini setakat jam 4.30 petang hari ini turut menunjukkan 21 kawasan di Semenanjung merekodkan status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga.

Kuala Krai gelombang haba

πŠπ„πŒπ€π’ 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 𝐂𝐔𝐀𝐂𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐀𝐒
27 Mei 2024 | 4.30 petang
Kuala Krai gelombang haba

Ia termasuk Perlis; Padang Terap, Sik, Pokok Sena, Pendang, Kuala Muda, Baling, Kulim, Bandar Baharu dan Kubang Pasu di Kedah; Pulau Pinang (Timur Laut); Pasir Puteh, Jeli, Gua, Musang, Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah di Kelantan dan Besut serta Setiu di Terengganu.

Selain itu, satu kawasan di Sabah berada pada tahap berjaga-jaga iaitu Beluran.

Baca: Dikatakan Hampir 6,000 pengguna di Kuala Krai alami gangguan bekalan air

Status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut,” menurut kenyataan itu.

Baca: DIY: Cara Deko Dapur Masak Moden Bajet & Murah

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh rujuk kepadaΒ https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.