Kuala Krai: Kaki warga emas tersepit dalam mangkuk tandas

Posted on

KUALA KRAI – Seorang warga emas terpaksa menahan kesakitan hampir satu setengah jam apabila bahagian kaki wanita itu tersepit dalam mangkuk tandas di rumahnya di Kampung Sungai Sok di sini hari ini.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 60-an itu dipercayai masuk ke bilik air rumahnya pada pukul 7.20 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Rizwan Ar-Rafee Parsimin berkata, selepas kaki tersepit di dalam mangkuk tandas, ahli keluarganya berusaha untuk membantu warga emas terbabit.

Katanya, bagaimanapun, usaha mereka tidak membuahkan hasil sebelum bertindak menghubungi pihak bomba.

“Sewaktu tiba di rumah, kelihatan kaki mangsa berada dalam keadaan tersepit di dalam mangkuk tandas.

“Pegawai dan anggota bomba memgambil masa kira-kira satu jam setengah untuk membantu mangsa dengan menggunakan peralatan khas bagi memecahkan bahagian mangkuk tandas itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Muhammad Rizwan berkata, susulan kejadian itu, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya lenguh pada bahagian kakinya.

sumber : Kosmo Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.