Sering kita mendengar kisah mengenai jemaah yang men1nggal dunia ketika mengerjakan ibadah haji atau umrah di Tanah Suci. Mereka merupakan antara hamba Allah yang terpilih untuk disemadikan di sana.
Bagi Aisya Amir Hamzah, dia redha dan percaya ada hikmah disebalik pemergiaan bapanya yang men1nggal dunia ketika menunaikan ibadah Umrah bersama keluarga baru-baru ini.
Menerusi sebuah posting di laman sosial Twitter miliknya, gadis berusia 20 tahun itu meluahkan perasaan sayang terhadap arw4h bapanya yang tidak akan pudar sampai bila-bila.
Bersama abah & umi…
“Allah ambil abah di tempat yang semua orang berebut untuk men1nggal di sana.. Madinah Al-Munawwarah..
“Ditanam di Perkuburan Al-Baqi’.. Selamat tinggal abah.. Jumpa adik di syurga,” tulisnya.
Tambah Aisya, kubur arw4h bapanya juga terletak selari dengan makan Nabi Muhammad SAW serta dikelilingi ‘Ashabul Jannah iaitu penghuni syurga. Allahu! Sungguh beruntung abahnya.
Selari dengan makam Nabi Muhammad!
Sungguh mulia abah di mataMu…
Posting berkenaan diulang kicau sebanyak lebih 20,000 kali serta mendapat 25,000 tanda suka dimana rata-rata kagum apabila jasad arw4h bapanya ditanam di tempat yang mulia.
Terpilih & sangat bertuah!
Mulianya pengakhiran arw4h!
Semoga roh arw4h dicucuri rahmat…
Sangat-sangat beruntung sesiapa yang men1nggal di Madinah kerana Nabi saw akan beri syafaat.
Ini bersesuaian dengan hadis,
Sesiapa yg boleh m4ti di Madinah hendaklah mati di sana kerana Aku akan syafaat sesiapa yg m4ti di Madinah. Hr Tirmizi sahih.
Engkau beruntung kerana Men1nggal di hadapan Rasulullah yang menyebabkan gugur d0sa-d0sa. Firman Allah swt :
Dan kalaulah Apabila mereka menzalimi diri mereka sendiri lalu datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. 64 : Annisaa
Allahumma Innaka ‘Afuwwun, Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Anni
Sumber : Twitter aisyaamirhamzah