Lain Dari Yang Lain, Majlis akad nikah dalam kebun getah raih perhatian

Posted on

Sudah menjadi adat masyarakat kita membuat kenduri majlis pernikahan bagi meraikan pengantin baru.

Namun, ketika dunia masih berperang menentang Covid-19 ini, majlis perkahwinan terpaksa dibuat secara bersederhana dan mengikut SOP yang dikeluarkan.

Seperti baru-baru ini tular beberapa foto memaparkan majlis akad nikah dan bersanding berlatarbelakangkan kebun getah.

Foto tersebut mencuri perhatian ramai dan turut tular di laman sosial.

Memang menarik! Walaupun ringkas tapi tampak pemandangan yang sangat cantik dalam gambar tersebut.

Rupanya, foto tersebut adalah daripada seorang jurufoto tempatan.

Menurut portal tempatan, pasangan pengantin, Zainatulaishah Abdul Manap, 30, dan suami, Mohammad Farhanif Kamaruddin, 27, memilih lokasi penggambaran dalam kebun getah milik ibu di belakang rumah di kampung halamannya di Bukit Gambir, Tangkak, Johor.

Menurut Zainatulaishah, aksi dalam foto tersebut hanyalah lakonkan semula akad nikah walaupun majlis itu yang sebenar telah yang dijalankan di di Pejabat Kadi Daerah Tangkak pada 20 Disember lalu.

Katanya, selepas pulang dari Pejabat Kadi, pihaknya adakan majlis kecil-kecilan yang dihadiri kurang 50 tetamu daripada kedua-dua belah keluarga dan adakan sesi fotografi itu.

Menurutnya, pada mulanya memilih kebun getah itu hanya untuk bergambar bersama tetamu namun jurugambar yang juga sahabatnya itu memberi melakonkan semula akad nikah tersebut.

Foto tersebut turut dikongsi semula di Twitter melalui perkongsian @aimanoma dan telah meraih hampir 3 ribu ulang kicau. Rata-rata memuji keunikan majlis tersebut.

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.