Sebanyak 336 kertas siasatan dibuka atas kesalahan penipuan jualan topeng muka di atas talian termasuk 240 kes di Facebook.
Hal ini dikongsikan laman Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police di laman Facebook rasmi mereka hari ini.
Menangguk di air keruh. Peribahasa yang sangat sesuai untuk menggambarkan perangai penipu yang mengambil kesempatan atas kegusaran masyarakat Malaysia hari ini.
Seperti yang kita sedia maklum, kes jangkitan Covid-19 di Malaysia meningkat berganda-ganda setiap hari. Setiap hari juga ada dilaporkan kematian akibat Covid-19.
Maka berpusu-pusulah masyarakat ingin mendapatkan topeng muka, hand sanitizer, sarung tangan dan pelbagai barang lain untuk melindungi diri dari wabak ini.
Sikap peka ini admin kagum!
Tapi admin rasa cukup jika masyarakat mengikut arahan kerajaan dengan duduk di rumah. Stay at home.
Namun begitu, admin terkilan dengan sikap sesetengah pihak yang masih ingin mengambil kesempatan dalam kesempitan rakyat. Ada yang cuba menipu menjual topeng muka.
Sejak Januari hingga 24 Mac 2020 ini, terdapat 336 kertas siasatan dibuka melibatkan penipuan face mask atas talian. Sebanyak 240 kes adalah dari tawaran iklan di Facebook. Dan kes ini meningkat dengan banyaknya setiap hari!
Justeru, mereka mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan tawaran topeng muka atas talian.
“Jangan beli dengan jumlah yang banyak. Semak nombor akaun sebelum membuat transaksi di laman semakmule PDRM atau download aplikasi Check Scammers CCID di Google Play.