Lebih 600,000 Tontonan Di Youtube, Lelaki Ini Muat Naik Video ‘2 Jam Tak Buat Apa-Apa’

Posted on

Seorang Youtuber dari Indonesia memuatnaik satu video yang berdurasi 2 jam 20 minit tanpa buat apa-apa. Beliau hanya duduk di depan kamera dan memandang kamera tersebut tanpa melakukan sebarang aktiviti.

Video ini dimuatnaik pada 10 Julai 2020 dan mula tular di Indonesia sehingga merebak ke Malaysia. Setakat ini, video yang bertajuk “2 Jam Nggak Ngapa-Ngapain” ini menerima lebih 600 ribu tontonan di Youtube.

Channel yang bernama Sobat Miskin Official itu berkata, alasan dia menerbitkan video tersebut kerana menerima desakan dari subscribers yang mahu beliau membuat kandungan video yang mendidik anak muda. Maka, dengan terpaksa dan berat hati keluarlah video ini.

Rata-rata netizen terhibur dengan video tersebut dan ada yang menonton hanya ingin membaca komen kerana video yang dimuatnaik tidak berbuat apa-apa.

Sumber: Sobat Miskin Official

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.