Tak sangka aksi ‘troll’ warganet yang tampil dengan idea kreatif dengan mengukur jarak premis makan dengan tempat mereka merok0k menggunakan pita ukur benar-benar terjadi.
Bezanya, kali ini perok0k terbabit cabut lari selepas siap mengukur selepas diminta menunjukkan kad pengenalan. Mungkin jarak yang diukur kurang dari 3 meter, agaknya.
Terdahulu dua lelaki bertindak memar4hi penguat kuasa Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman hari ini selepas ditangkap merok0k sambil menjamu selera di sebuah kedai makan di Kerteh.
Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman, Dr Mohd Anuar Abd Rahman berkata, pelanggan tersebut juga membuang rok0k yang dihisap selepas menyedari kehadiran penguat kuasa dan memberi alasan merok0k pada jarak tiga meter daripada premis.
” Sambil memarahi penguat kuasa, lelaki itu meminta mengambil pita ukur untuk mengukur jarak tersebut namun setelah diminta kad pengenalan kedua-duanya melarikan diri,” katanya kepada pemberita hari ini.
Penguat kuasa kemudian mengeluarkan notis kesalahan di bawah peraturan 12(1)(b) Peraturan Kawalan Hasil Temb4kau 2004 kepada pemilik kedai kerana membenar pelanggan merok0k di premisnya.
Dr Mohd Anuar berkata, walaupun pengusaha premis sudah memasang papan tanda larangan merok0k namun tindakan menyedia meja hidangan untuk merok0k menyalahi peraturan ini.
Katanya Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah menjelaskan bahawa kerusi dan meja yang diguna bagi hidangan makanan masih tertakluk dalam larangan merok0k pada jarak 3 meter dari meja tersebut.
Pegawai dan penguatkuasa Pejabat Kesihatan Kemaman yang menjalankan operasi merok0k dalam restoran dan kedai makan di Kemaman.
” Pengusaha premis juga didapati meletakkan dua bekas habuk rok0k daripada tin susu di atas meja itu. Semua bekas habuk rok0k tersebut telah dirampas sebagai bahan bukti,” katanya.
Penguatkuasaan dilakukan oleh anggota Pejabat Kesihatan Kemaman diketuai Pegawai Kesihatan Persekitaran, Mohd Rosli Abdul Wahab dengan kerjasama JKNT yang turut sama turun padang ke Kemaman hari ini.
Gambar- pegawai penguatkuasa mengambil keterangan pengusaha kedai makan yang diperiksa dalam operasi itu.
Menurut Dr Mohd Anuar, sejak larangan merok0k di restoran dan kedai makan dikuatkuasakan pada 1 Januari lalu, sebanyak sembilan notis kesalahan telah dikeluarkan Pejabat Kesihatan Kemaman.
Notis melibatkan empat kesalahan merok0k di dalam premis kedai makan, empat kesalahan kepada peniaga kerana gagal memasang papan tanda mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan membenar orang merok0k dan satu kesalahan membabitkan perok0k di bawah umur.
” Operasi yang dijalankan hari ini melibatkan seramai 18 anggota yang memeriksa 77 premis kedai makan di sekitar kawasan Telok Kalong, Kijal, Kemasek dan Kerteh.
” Pengusaha premis dan orang ramai diingatkan sentiasa mematuhi peraturan dengan memastikan tiada orang merok0k di dalam premis dan meja hidangan pada jarak 3 meter daripada premis dan meja hidangan,” katanya.
Nota: Gambar featured atas (kanan) adalah sekadar hiasan.
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.
Kredit : sinarharian