Lelaki diserang harimau belang? Perhilitan masih siasat…

Posted on

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan menerima aduan seorang lelaki diserang binatang buas di kawasan hutan dekat Bersia, di sini, hari ini.

Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata, pihaknya sedang menyiasat dakwaan itu dan difahamkan, binatang buas yang dimaksudkan adalah harimau belang.

Menurutnya, anggota Perhilitan sudah dihantar ke lokasi yang dimaksudkan bagi melakukan siasatan selepas menerima maklumat kejadian daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli, Kelantan.

“Ada kakitangan kita (Perhilitan) sudah pergi siasat tetapi saya belum terima laporan hasil siasatan itu. Tidak pasti betulkah ia harimau atau binatang lain (yang menyerang),” katanya dihubungi.

Difahamkan, isteri mangsa membuat laporan berkaitan kejadian itu jam 9 pagi tadi, dan serangan dikatakan berlaku jam 5 pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.