Hasil kajian menyatakan bahawa lelaki atau suami yang berasal dari Kuala Krai adalah 100% jenis setia dengan satu isteri atau pun kekasih , tidak tertarik dengan perselingkuhan dan sama sekali tidak berniat untuk berpoligami.
Maka dengan itu berbahagialah wanita-wanita yang mempunyai suami atau teman lelaki Kuala Krai kerana terbukti mereka adalah yang jenis paling setia.

Hasil kajian yang dibuat oleh UITM Perlis dan Universiti Islam (UI) sungguh mengejutkan pelbagai pihak kerana 100% suami warga Kuala Krai hanya mahu mempunyai 1 isteri sahaja dan lelaki bujang warga Kuala Krai juga hanya mempunyai 1 kekasih . Bagi suami warga Kuala Krai mereka memang tidak pernah berhasrat untuk berpoligami dan sama sekali tidak tertarik dengan perselingkuhan .
Mereka ini dipilih secara rawak dari kawasan Batu Jong, Telekong, Dabong, Pahi, Chuchuh Puteri dan beberapa kawasan lagi yang sekitarnya dan hasil dari kajian lelaki Kuala Krai jenis yang setia .
Kepada wanita-wanita yang berhasrat mencari lelaki idaman yang setia dan romantik boleh mencuba nasib untuk mendapatkan pasangan anda dari Kuala Krai.
Sumber : UITM Perlis
lelaki kuala krai pemalas!