Lelaki m4ut akibat makan durian

Posted on

JAKARTA: Seorang pemandu minivan awam didapati meninggal dunia di Curug, Tangerang, akibat terlebih makan buah durian.

Ketua unit siasatan jenayah Tangerang Selatan, Alexander Yuriko, berkata pemandu yang dikenali sebagai Adie, 53, mempunyai tekanan darah tinggi dan disahkan memakan durian dalam kuantiti banyak sebelum dia meninggal dunia.

“Disebabkan pemakanan yang tidak dikawal itu menyebabkan saluran darahnya pecah dan hidung turut berdarah,” katanya kepada kompas.com.

The Jakarta Post melaporkan, mangsa ditemui di dalam minivan oleh rakan-rakannya yang curiga dengan keadaan mangsa sejak pagi Sabtu.

Kata Alex: “Dari hasil siasatan, mangsa tidak mempunyai sebarang tanda penderaan fizikal. Ahli keluarga dan saksi mengakui mangsa mempunyai tekanan darah tinggi.”

Keluarga menolak agar mangsa dibedah siasat lalu dibawa ke kediaman keluarganya dan dikebumikan di kampung halamannya di Ciamis, Jawa Barat.

Menurut seorang pakar perubatan ketika dihubungi mengesahkan bahawa durian sangat berbahaya jika diambil secara berlebihan. Berikut adalah kesan durian kepada kesihatan manusia jika pengambilannya yang banyak dan overdose.

1. Meningkatkan kandungan kolesterol dalam badan
2. Mengganggu sistem jantung
3. Obesiti / berat badan berlebihan
4. Kandungan gula bertambah dalam darah yang mana terdedah kepada penyakit diabetes
5. Gangguan dalam sistem pencernaan

Dan dengan kesan yang sangat berbahaya itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan mengawal pengambilan durian supaya tidak memberi kesan sampingan yang bahaya kepada diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.