Baru-baru ini, Lisa Surihani dikhabarkan selamat menjalani rawatan lasik bagi memulihkan penglihatannya yang rabun. Menerusi video yang dikongsikan Lisa tidak dapat menahan sebak apabila selesai menjalani rawatan tersebut.
Lisa turut berkongsikan momen sewaktu menjalani pembedahan di pusat rawatan tokoh ilmuan dan pakar bedah mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad. Lisa yang ditemani ibunya dilihat menangis memeluk Prof Muhaya selepas selesai melakukan prosedur.
Menerusi entri itu, Lisa berkata ianya pengalaman tidak dapat dilupakan dan meluahkan rasa syukur di atas nikmat penglihatan yang Allah pinjamkan buat kali kedua itu selepas hampir 29 tahun memakai cermin mata dan kanta lekap.

“Secara jujurnya saya tidak sangka prosedur ini hanya mengambil masa kurang lima minit. Saya
Diruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti gembira mendengar perkhabaran bahawa pelakon itu kini bebas rabun.
Malah, ada peminatnya turut berkongsi pengalaman mereka melakukan pembedahan yang sama serta ada yang mahu melakukan rawatan tersebut namun tidak berkemampuan kerana harga prosedurnya yang agak mahal.