Awal pagi esok bakal menyaksikan pertembungan dua seteru setempat Liga Perdana Inggeris antara Manchester United dan Manchester City. Pertembungan yang digelar Manchester Derby ini adalah pertemuan yang ke 178 dalam semua pertandingan domestik.
Manchester City wajib mendapatkan 3 mata penuh mereka di Old Trafford awal pagi esok untuk terus memberi tekanan kepada Liverpool dalam saingan bagi merebut gelaran juara Liga Perdana Inggeris. Skuad bimbingan Pep Guardiola ini pasti sudah bersedia untuk bertemu pasukan jiran mereka bagi mencatat kemenangan yang ke 53 dalam rekod semua pertemuan dengan United.
Bagi skuad Ole Gunnar Solkjaer pula, perlawanan ini sangat penting untuk mereka merebut slot automatik ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim hadapan jik tidak mahu berputih mata melihat antara Chelsea, Arsenal atau Spurs yang layak ke pentas tertinggi Eropah itu.
Menariknya perlawanan awal pagi esok, penyokong Liverpool juga terpaksa menyatakan sokongan mereka kepada United agar dapat menumbangkan City atau setidak-tidaknya mencatat keputusan seri dalam perlawanan ini untuk memudahkan kerja Liverpool menamatkan kemarau kejuaraan liga mereka yang kali terakhir dimenanginya pada tahun 1990.
Apa pun keputusan perlawanan ini bakal memberi impak kepada perebutan takhta liga dan juga slot UCL untuk musim hadapan. Masing-masing wajib mencatatkan keputusan positif dan tidak boleh membiarkan apa yang dikejar terlepas dari genggaman.
Untuk pertemuan di Etihad Stadium November lepas menyaksikan City berjaya menumbangkan United dengan jaringan 3-1 ketika United masih dibawah bimbingan Jose Mourinho.
Adakah Manchester United sanggup melihat Manchester Is Blue hanya kerana tidak mahu seteru utama Liverpool menjulang kejuaraan liga atau terus merebut slot ke eropah musim hadapan?
Highlight pertemuan di Etihad Stadium 11 November 2018
Kredit Stadium Astro