Bila disebut sahaja nama Ebit Lew, majoriti rakyat Malaysia pasti mengenali insan hebat yang sering melakukan dakwah dan kerja amal tanpa mengira bangsa dan agama.
Coretan beliau di laman Facebook mengenai bantuan yang diberikan kepada golongan yang kurang bernasib baik ataupun luahan berbentuk peribadi seringkali mendapat perhatian ramai warga net.
Terbaharu, perkongsian Ustaz Ebit Lew mengenai bidadarinya, ternyata menyentuh hati ramai. Penuh dengan hikmah dan pengajaran yang boleh diambil sebagai renungan.
Sikit je bidadariku sayang..
Empat hari air mata bahagia walau kadang air mata berlinangan. Bidadari saya tanya kenapa ada orang marah lagi abang. Ish sikit jer bidadariku sayang. Takperlah sayang inilah kerja abang dari kecil. Tak mengapa. Doakan maafkan. Semua orang baik.
Ini kerja amanah Allah. Kita tahu apa kita buat untuk apa kerana apa. Dari 12 tahun abang buat kerja ini sampai sekarang sama jer dunia ini. Semua ujian dari Allah. Kerana dia sayang.
Kita tak lama pun di dunia ini..
Jangan sedih dan takut. Kita cari doa orang miskin. Doa anak kecil celah air hujan. Tangisan bayi dalam basah hujan malam hari. Doa adik kecil di celahan habuk. Doa pemimpin yang ikhlas dan baik. Doa alim yang baik dan ikhlas. Doa ramai orang yang baik.
Kita tak lama pun di dunia ini. Entah esok lusa kita dah takde. Sikit jer lagi kita sampai sana akhirat. Dunia ini satu masa cuma tinggal cerita. Akhirat tempat kita tuju.
Bidadari kata i love u abang.. Rindu bidadari tercinta. Tunggu yer abang balik. I love u bidadariku tercinta. Muah sayang bidadariku – ebitlew.
Sumber: Ebit Lew