Tindakan Neelofa merakam sedutan filem The Lion King di panggung wayang menimbulkan rasa kurang senang netizen dan tidak kepuasan hati pelbagai pihak di atas tindakannya itu. Malah, ramai beranggapan tindakan ikon muslimah itu sebagai kurang wajar dan contoh yang negatif kepada orang ramai.
Menerusi Twitter sebentar tadi, Neelofa menjelaskan dia tiada niat untuk melanggar undang-undang berkaitan hak cipta kerana sebagai seorang selebriti dia sangat menghormati hak harta intelektual.
Menurutnya lagi, tindakannya itu adalah kerana dia teruja dan mahu berikan sokongan terhadap filem tersebut serta mahu lebih ramai rakyat Malaysia menonton filem itu.
Dalam pada itu, Neelofa memberitahu dia akan bertanggungjawab sepenuhnya di atas kesilapannya itu dan berharap apa yang berlaku dapat dijadikan pengajaran kepada orang lain sama.
Diruangan komen kenyataannya itu, netizen berharap selepas ini Neelofa tidak lagi melakukan perkara tersebut
Bagaimanapun segelintir netizen meminta agar pelakon dan pengacara itu dikenakan tindakan seperti individu lain sebelum ini yang pernah dikenakan tindakan undang-undang di atas kesalahan sama.