Ziyad

Maafkan saya Malaysia – Ziyad

Posted on

Jaguh olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia selepas pingat emas acara lontar peluru F20 yang dimenangi pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 semalam ditarik balik.

Ia susulan protes yang dilakukan oleh kem Ukraine yang mendakwa tiga atlet termasuk Ziyad lambat untuk melaporkan diri ke ‘call room’ sebelum pertandingan dimulakan.

Justeru, meskipun sudah memenangi pingat emas dengan catatan rekod dunia 17.94 meter (m), namun kemenangan atlet berusia 31 tahun itu dibatalkan dan rekod tersebut tidak dikira.

Menerusi pembatalan itu, atlet Ukraine, Maksym Koval diangkat sebagai pemenang pingat emas dengan rekod dunia 17.34m sementara pingat perak menjadi milik rakan senegaranya, Oleksandr Yarovyi.

“Saya minta maaf kepada semua rakyat Malaysia, terima kasih memberi sokongan kepada saya,” katanya ringkas menerusi kemaskini yang dilakukan di laman Instagramnya hari ini.

Bagaimanapun, reaksi yang diterima rata-rata memberi sokongan kepada pemenang pingat emas Paralimpik Rio 2016 itu termasuk bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

sumber : Kosmo Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.