Kandungan
- 1 Mahkamah tolak permohonan Najib untuk mohon mengemukakan bukti baru kes rasuah SRC International RM42juta
- 2 Peguam Najib mohon pendengaran permohonan utama ditangguh 3,4 bulan
- 3 Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib
- 4 Prosiding bersambung
- 5 Tiada penyokong Najib hari ini
- 6 Panel hakim akan buat keputusan permohonan Najib
- 7 Peguam: Mahu jawapan dari saksi, bukan nak dokumen OSA
- 8 Afidavit Najib penuh skandal, tak relevan – DPP
- 9 Prosiding bermula
- 10 HUJAH PEGUAM NAJIB
- 11 DAKWA HAKIM NAZLAN ADA CONFLICT INTEREST
- 12 LATAR BELAKANG KES
Mahkamah tolak permohonan Najib untuk mohon mengemukakan bukti baru kes rasuah SRC International RM42juta
1.30 tengah hari: Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat mengarahkan prosiding ditangguh sekejap. bagi memutuskan permohonan pasukan pembelaan Najib untuk menangguhkan pendengaran permohonan utama anak guamnya.
Peguam Najib mohon pendengaran permohonan utama ditangguh 3,4 bulan
1.27 tengah hari: Susulan keputusan mahkamah menolak permohonan Najib Razak, peguam bekas perdana menteri itu memohon. penangguhan terhadap pendengaran permohonan utama kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta.
Hisyam Teh Poh Teik memohon pendengaran rayuan terakhir Najib. bagi mengenepikan sabitan dan hukuman terhadapnya, yang dijadual hari ini, ditangguhkan.
Dia memohon penangguhan selama tiga ke empat bulan
Dia berkata, ada hujah dan aspek undang-undang yang kuat yang berpihak kepada Najib.
Terdahulu, Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat mengarahkan pendengaran permohonan utama itu. selepas menyampaikan keputusan untuk menolak permohonan untuk mengemukakan bukti baru dalam kes itu.
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib
1.23 tengah hari: Panel lima hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak permohonan Najib Razak. untuk mengemukakan bukti baru dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta.
Tengku Maimun memutuskan bukti tersebut tidak relevan dengan kes terhadap Najib. dan gagal menunjukkan hakim perbicaraan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali mempunyai konflik kepentingan.
Prosiding bersambung
12.54 tengah hari: Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat masuk ke mahkamah untuk menyampaikan keputusan permohonan Najib Razak. untuk mengemukakan bukti baru dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta.
Tiada penyokong Najib hari ini
11.40 pagi: Suasana di luar Mahkamah Persekutuan agak lengang hari ini apabila tiada penyokong Najib Razak yang hadir.
Semalam, sejumlah penyokong – termasuk bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman Adam – hadir sebagai solidariti dengan bekas perdana menteri itu.
Kebiasaannya kumpulan penyokong Najib akan hadir menunggu di luar mahkamah, sebagaimana perbicaraan di Kompleks Mahkamah KL sebelum ini.
Panel hakim akan buat keputusan permohonan Najib
10.21 pagi: Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat mengumumkan panel lima hakim akan menangguhkan sebentar prosiding bagi membuat keputusan terhadap permohonan Najib.
9.48 pagi: Peguam Hisyam Teh Poh Teik berkata walaupun perkara berkenaan hakim perbicaraan SRC. Mohd Nazlan Mohd Ghazali berada dalam pengetahuan awam, tetap wujud risiko berat sebelah, walaupun ia hanya satu kemungkinan.
Peguam: Mahu jawapan dari saksi, bukan nak dokumen OSA
10.14 pagi: Peguam Hisyam Teh Poh Teik berkata hujah pendakwaan bahawa Najib meminta dokumen dilindungi atau dokumen di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) daripada saksi berkaitan SRC adalah tidak benar.
Dia berkata mereka hanya mahukan jawapan daripada saksi berkaitan dakwaan mereka bahawa hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali ada risiko berat sebelah.
Katanya, jawapan daripada saksi-saksi itu – yang termasuk pegawai SPRM dan pegawai bank – adalah relavan untuk bukti tambahan diberikan.
Afidavit Najib penuh skandal, tak relevan – DPP
9.41 pagi: DPP V Sithambaram berhujah bahawa afidavit Najib bagi menyokong permohonannya tidak mematuhi peraturan berkenaan afidavit.
Dia berkata, afidavit tersebut penuh skandal (scandalous) dan tidak relevan .tetapi kerana tiada perkaitan dengan pertuduhan terhadap Najib dalam kes SRC. dan dakwaan wujudnya konflik kepentingan terhadap hakim perbicaraan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Prosiding bermula
9.37 pagi: Najib Razak masuk ke dalam mahkamah. Pendengaran bagi permohonan untuk mengemukakan bukti tambahan bersambung.
9.20 pagi: Najib Razak dilihat duduk di galeri awam sementara menunggu prosiding bermula.
Turut dilihat tiba di Mahkamah persekutuan adalah peguam Najib, Hisyam Teh Poh Teik dan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) V Sithambaram.
HUJAH PEGUAM NAJIB
Peguam Hisyam Teh Poh Teik akan membuat penghujahan balas terhadap hujah pihak pendakwaan. yang berkata mahkamah harus menolak bukti itu kerana afidavit sokongan Najib berdasarkan keterangan khabar angin atau ‘hearsay’.
Di bawah undang-undang, ‘hearsay’ ialah laporan kata-kata orang lain oleh saksi. yang mahkamah biasanya tidak membenarkan ia diambil sebagai bukti semasa perbicaraan.
Di depan panel lima hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat semalam. peguam berkata Najib dan pasukan pembelaannya tidak mengetahui tentang dakwaan. konflik kepentingan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika kes dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Pasukan pembelaan berkata mereka hanya tahu berkenaannya selepas menerima surat tanpa nama kepada Najib. antara 9 Mei hingga 7 Julai, yang mengandungi apa yang didakwa sebagai bukti baru.
DAKWA HAKIM NAZLAN ADA CONFLICT INTEREST
Permohonan itu juga disokong afidavit Najib berkenaan. yang kononnya diberitahu tiga pegawai SPRM dan dua pegawai bank kepada SPRM ketika siasatan SRC.
Peguam juga berkata isu konflik kepentingan berbangkit daripada kedudukan Nazlan sebelum ini. iaitu sebagai peguam di Maybank Investment, dengan Maybank didakwa terlibat dalam penubuhan SRC.
Susulan sabitan dan hukuman terhadap Najib pada Julai 2020. Nazlan telah dinaikkan pangkat sebagai hakim Mahkamah Rayuan pada 3 Februari 2022.
Selain Tengku Maimun, turut mendengar permohonan Najib adalah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim. hakim Mahkamah Persekutuan P Nallini, Mary Lim Thiam Suan dan Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Menerusi permohonan ini, Najib memohon agar sabitan terhadapnya – iaitu untuk satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram – dibatalkan.
LATAR BELAKANG KES
Pada 8 Disember 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap Najib.
Jika Mahkamah Persekutuan menolak permohonan ini, mahkamah akan terus mendengar permohonan utama Najib dalam kes SRC, iaitu untuk mengetepikan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadapnya.
SRC adalah subsidiari 1MDB sebelum menjadi milik penuh Minister of Finance Inc – yang juga pemilik 1MDB – pada 2012.
Selain bekas perdana menteri dan menteri kewangan. Najib juga pernah menjadi penasihat emeritus SRC dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.
sumber ; malaysiakini