Berangkat ke Tanah Suci Rabu lalu bagi menunaikan ibadah Haji, Neelofa memberitahu dia tidak akan mengendalikan dua laman sosial miliknya sehingga dia pulang daripada mengerjakan rukun Islam Kelima itu.
Menerusi satu entri, Neelofa menitipkan satu pesanan dimana akaun Facebook dan Twitter rasminya akan dikendalikan oleh pihak pengurusannya sepanjang keberadaannya di Tanah Suci.
Perkongsiannya itu mendapat reaksi positif daripada netizen yang mahu Neelofa melupakan sebentar urusan perniagaan dan memberi fokus pada ibadah haji. Dalam pada itu, ramai yang mendoakan buat Neelofa agar dipermudahkan segala urusan disana.
Tahun ini merupakan kali kedua Neelofa menunaikan ibadah haji. Kali pertama Neelofa menunaikan haji adalah pada tahun 2016. Namun apa yang berbeza tahun ini Neelofa ke Tanah Suci bersama ibunya serta dua adik lelakinya.