Majlis Keselamatan Negara Akan Bermesyuarat Setiap Hari, Pantau & Awasi COVID-19

Posted on

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) bakal bermesyuarat setiap hari sepanjang penularan wabak ini.

“Saya ingin memaklumkan sidang khas MKN akan bermesyuarat setiap hari untuk memantau dan mengawasi situasi wabak COVID-19

“Saya sendiri akan mempengerusikan mesyuarat ini dan memaklumkan perkembangan wabak ini dari masa ke masa.

“Sebarang pertanayaan berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan, boleh hubungi pusat pengurusan operasi negara di talian 03-8888 2010 bermula jam 12 tengah hari esok,” katanya.

“Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas kesihatan, penjawat awam dan semua pihak yang telah bertungkus lumus berkerja siang dan malam untuk membendung wabak ini.”

Sertai saluran Telegram rasmi MKN untuk maklumat terkini mengenai COVID-19.

Sumber: bernama

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.