Bukan pertama kali mencetuskan kontroversi di laman sosial, aktiviti Aliff Syukri dan Sajat bagaikan tidak ada penghujungnya dan baru-baru ini, perlakuan dua sahabat ini mencapai satu tahap yang melampau bagi pengikut mereka di tanah air.
BACA : Terlalu ‘Over’ Dan Meloyakan, Video Tarian ‘Bobo Di Mana’ Aliff Syukri Dikecam
Malah jika ada yang menasihatkannya disifatkan sebagai haters terus. Maka pada suatu hari, ibu sendiri menyuarakan rasa hati. Ayat yang digunakan ibu Aliff iaitu Rozita Ibrahim sungguh lemah lembut namun penuh dengan pengharapan agar anaknya tidak salah memilih jalan.
“Mak tegur Kri tak dengar. Wardina tegur Kri siap post komennya. Kalau mak tegur Kri delete. Mak dan semua orang sayang Kri… Kri insan baik. Jangan dekati… kawan dan bantu golongan fasik murka Allah”
“Jangan dijemput mereka. Kalau kita bantu maksudnya dosa dan bala sama kita akan terima… ada hadisnya. Maaf beribu-ribu maaf atas komen ini. Mak tak nak bala datang kepada keluarga takut dosa dan bala itu datang kepada keluarga kita.
“Jauhi mereka… wahai anakku yang baik budi, bijaksanalah wahai anakku,” katanya di ruangan komen laman Instgaram. Jujurnya bagi mereka yang sudah ketiadaan ibu, nasihat sebegini pastinya mengundang sebak dan air mata. Doa ibu ketika masih ada hayatnya adalah kunci kejayaan.
Dalam banyak menempa kejaayan, jangan dilupa insan yang tidak pernah henti mendoakan kita. Sementara itu dalam perkembangan terbaru, Aliff turut menjelaskan bahawa dia telah memadamkan video berkenaan.
Selain ibu sendiri, Amy Search turut menegur tindakan Aliff tersebut malah peminat turut berharap agar usahawan kosmetik yang sememangnya terkenal dengan kekayaan ini agar dapat berubah menjadi lebih baik. Bak kata bonda Aliff – bijaksanalah wahai anakku.