Makan Mi Pedas Dengan Durian, Ara Johari Dikecam Gila Viral

Posted on

Sejak kelelakangan ini ada saja cabaran makanan yang pelik-pelik. Nampaknya penyanyi Ara Johari turut tidak ketinggalan untuk menyahut cabaran makan mi segera pedas bersama buah durian.

Menerusi perkongsian video di Instagram miliknya, pada awalnya Ara dilihat boleh menelan makanan tersebut, namun kemudian penyanyi itu memuntahkan semula semua yang dimakannya.  Melihatkan keadaannya boleh dikatakan Ara muntah-muntah yang agak teruk.

Perkara itu menimbulkan kemarahan netizen di atas tindakannya melakukan cabaran yang memudaratkan. Tidak kurang juga ada netizen menganggap tindakan Ara itu sebagai tidak berfikir panjang.

Malah, pelakon Nabila Huda turut mengecam tindakan penyanyi itu serta menyifatkan cabaran itu kurang cerdik memandangkan dua makanan itu boleh memudaratkan dan menjadikan suhu badan meningkat.

Kata netizen lagi, Ara sebagai seorang selebriti dia tidak sepatutnya berkongsikan video tersebut kepada umum kerana bimbang akan mempengaruhi orang lain yang akan mencuba cabaran itu.

Ada juga netizen mengatakan tindakan Ara itu hanya untuk meraih publisiti dan viral semata-mata tanpa mengambil kira kesannya. Apa pun diharap selepas ini Ara fikirkan terlebih dahulu risiko sebelum melakukan sesuatu perkara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.