Maklumat Menarik Mengenai Pertemuan Agong Dengan Ahli Parlimen Petang Tadi

Posted on

Seramai 90 orang Ahli Parlimen telah berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam satu pertemuan hari ini.

Pertemuan ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas mereka bagi penamaan calon perdana menteri atau mencadangkan Parlimen dibubar.

Tindakan ini adalah untuk mencari penyelesaian krisis politik semasa negara.

BACA : Rahsia Cara ‘Kapitalis’ Beli Rumah Dengan Banyak

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, pertemuan itu adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Apa yang dipraktikkan oleh Seri Paduka Baginda adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 43(2) menyatakan Baginda perlu mendapat kepercayaan, keyakinan kepada seseorang yang telah dipilih.

“Jadi kali ini adalah menerusi temu bual baginda,” katanya.

Temu bual tersebut telah dilakukan secara rawak tanpa mengikut parti bermula pada 2.30 petang tadi hingga 6 petang disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Kesemua Ahli Parlimen telah mendapat makluman mengenai pertemuan itu sejak semalam. Ahli Parlimen yang belum ditemu bual dijadualkan hadir ke Istana Negara esok.

Sumber: Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.