Hari ini Kementerian Pendidikan telah memutuskan cadangan bahawa satu kelas hanya boleh menempatkan purata maksimum antara 16 dan 17 pelajar pada satu-satu masa, sebaik saja sesi persekolahan dibuka semula, kata Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Jidin.
PASTIKAN PENJARAKAN SOSIAL
BACA: Sekolah akan dibuka semula? Sesi Persekolahan Akan Bermula
Katanya kementerian sudah pun membuat percubaan lapangan bagi menentukan jumlah pelajar yang wajar dalam satu kelas berdasarkan keluasannya, supaya penjarakan sosial dapat dilaksanakan untuk mengelak penularan Covid-19.
Mohd Radzi berkata, ia sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) bagi pengurusan sekolah yang akan diperincikan, lapor Berita Harian.
Menurut beliau, jika dulu dalam kelas ada 35 orang tapi dalam keadaan baharu ini, tidak boleh ramai. Dalam konteks penjarakan sosial ini, paling ramai adalah 16 ke 17 orang dan bagi sekolah yang mempunyai kelas yang besar, jumlah pelajar boleh mencecah 20 orang.
KAWASAN PEMBELAJARAN YANG LEBIH LUAS
Hal ini bermakna, jumlah pelajar dalam kelas sebelum ini perlu dipecah dua. Selain itu, pihak berkuasa juga perlu melihat bagaimana nak jalankan pengajaran dalam dua kelas ini atau kelas dalam ruang kecil perlu dibawa ke dewan yang lebih besar sebagai contoh.
Justeru, kementerian sudah ada beberapa opsyen yang sedang dipertimbangkan bagi memastikan selepas Covid-19 reda dan mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan, pelajar dapat kembali ke sekolah tanpa kita kompromi keselamatan para pelajar.
Sementara itu, Dr. Mohd Radzi juga berkata, SOP di kantin juga akan diperketatkan dengan memastikan ia tidak sesak.