“Mama, Bantal Adik” – Cute Baby Boy Ni Nangis Bila Mama Basuh Bantal Busuk Dia

Posted on

PERIHAL SI BANTAL BUSUK

Fizikalnya buruk, busuk pula tu. Namun, bagi sesetengah kanak-kanak (mahupun remaja ataupun dewasa), bantal ini memang teman setia mereka sejak kecil. Korang ada bantal busuk tak?

Objek ini memang tidak dapat dipisahkan kalau sejak kecil dah terbiasa dengan bantal busuk ini. Memang sukar dipisahkan! Pasti akan dibawa ke mana sahaja.

Bantal busuk ini bukan sekadar bantal, malah berbentuk anak patung ataupun kain. Kalau hilang, memang tak boleh tidur malam. Merengek sebab tak dapat peneman tidur. Bau dan rupa bantal tersebut membuatkan mereka selesa menjadikannya sebagai peneman tidur.

Tambahan lagi buat kanak-kanak, mereka akan terdedah kepada kuman dan bakteria akibat daripada tabiat memeluk dan mencium bantal yang tidak dicuci. Ini akan menyebabkan kanak-kanak akan sering jatuh s@kit

JANGAN GANGGU BANTAL BUSUK SAYA

Ada sesiapa yang mahu mengaku sekiranya masih memiliki bantal busuk yang sentiasa menjadi teman tidur sejak kecil? Ada yang tidak mampu melelapkan mata tanpa bantal busuk masing-masing sehingga mencuci bantal itu pun boleh menyebabkan anda berang kerana ianya akan menghilangkan aroma semerbak pada bantal kesayangan anda.

Menyedihkan, ibu ini memutuskan bahawa aspek kebersihan merupakan satu perkara yang penting namun tindakannya bakal membuatkan si anak ‘tidak keruan’…

Pada September tahun lalu, seorang ibu yang berasal dari Korea Selatan telah memuat naik sebuah video memaparkan reaksi anak lelakinya apabila menyedari selimut kesayangannya itu sedang berada di dalam mesin pencuci pakaian!

MAMA, BANTAL ADIK LEMAS DALAM MESIN BASUH

Berdasarkan reaksi si anak, dapat dilihat betapa terkejutnya dia apabila mendapati selimut tersebut sedang berputar-putar di dalam mesin basuh. Kanak-kanak itu menangis sekuat hati sambil menunjukkan ke arah selimut berkenaan.

Bersama abang dan ibunya

MAMA NAK BASUH JE LA

Si ibu terus mencapai telefonnya dan merakamkan peristiwa itu. Kasihan…

Sesiapa yang masih menyimpan bantal busuk pasti memahami keperitan dan perasaan ‘dikhianati’ oleh ibu sendiri yang perlu ditanggung oleh anak kecil ini.

(VIDEO) AKSI SI COMEL NANGIS BILA MAMA BASUH BANTAL BUSUK DIA

Semoga kanak-kanak ini sudah melupakan kejadian itu dan mungkin bau bantalnya sudah kembali ‘harum’ seperti sediakala. Tapi adik nangis tu memang cute, geram nak cubit pipi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.