Selain menyediakan lemang menggunakan buluh, ada cara lain yang boleh dilakukan untuk memasak lemang. Baru-baru ini tular di media sosial cara memasak lemang menggunakan bekas tin minuman.
Rata-rata netizen teruja untuk mencuba cara tersebut memandangkan ada caranya lebih mudah dan tidak perlu bersusah payah untuk keluar beli atau pergi mencari buluk untuk memasak lemang.
Bagaimanapun, untuk pengetahuan anda cara memasak lemang dalam tin minuman sebenarnya tidak selamat. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini ada berkongsukan bahaya memasak lemang dengan cara tersebut.
Menurut KKM, bahan makanan yang dimasak akan bertindak balas dengan bahan kimia dalam tin pada suhu panas. Malah, risiko tinggi untuk berlaku pencemaran kimia dalam makanan.
Lebih membimbangkan, makana yang tercemar dengan bahan kimia berlebihan boleh membahayakan kesihatan.
Adalah lebih baik jika anda tidak cuba memasak lemang menggunakan tin minuman dan tunggu sahaja sehingga tamat PKP untuk dapatkan buluh lemang yang sememangnya lebih sedap.