Masjid Nabawi Dibuka Secara Berperingkat Bermula Esok

Posted on

Arab Saudi mengumumkan bakal membuka Masjid Nabawi secara berperingkat di Madinah bermula esok.

Menurut media tempatan, kira-kira 90,000 buah masjid di negara itu (selain di Mekah) akan mula dibuka untuk aktiviti ibadah sebagai pelonggaran perintah darurat yang dilaksanakan bagi mengekang COVID-19.

Menteri Hal Ehwal Agama Arab Saudi, Abdullatif bin Abdulaziz Al-Sheikh berkata, hasil pemeriksaan oleh pihak berwajib mendapati masjid-masjid di sana telah bersedia untuk pembukaan semula.

“Sepanjang pemeriksaan, kami mendapati masjid-masjid telah selesai melakukan persediaan dan dalam keadaan terbaik,” katanya.

Pun begitu, hanya 40 peratus kapasiti masjid bakal dibuka kepada umum manakala sejadah di dalam masjid akan dialihkan dari halaman.

Jemaah akan dibenarkan memasuki masjid berkenaan bermula subuh esok dan dinasihatkan membawa sejadah masing-masing. Selain itu, orang ramai turut dinasihatkan mengambil wuduk di rumah serta menggunakan pembasmi kuman ketika keluar dan pulang ke rumah.

Warga emas dan individu berpenyakit kronik pula dinasihatkan untuk menunaikan solat di rumah. Malah, orang ramai digalakkan membaca al-Quran menggunakan telefon pintar atau naskhah al-Quran sendiri.

Sumber: Arab News, Khaleej Times

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.