MB Kelantan umum butiran awal peruntukan khas RM5 juta

Posted on

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini memberikan butiran awal mengenai peruntukan khas sebanyak RM5 juta yang diumumkannya semalam bagi meringankan beban rakyat yang terkesan akibat wabak koronavirus (Covid-19).

BACA  :KKM Sahkan 8 Kes Kematian Setakat Ini: Kes Kematian Pertama Di Kelantan

Ahmad dalam satu kenyataan berkata, ia membabitkan bayaran sebanyak RM300 bagi satu keluarga pesakit yang positif Covid-19, dalam kalangan B40.

“(Selain itu) bayaran sebanyak RM300 bagi satu keluarga kepada golongan B40, yang diletakkan di bawah pengawasan berpusat kerana Covid-19.

“Bayaran sebanyak RM500 kepada waris mangsa Covid-19 yang meninggal dunia dan bukan merupakan peserta Skim Kifaalah Kerajaan Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

BACA : COVID-19 Ragut Satu Lagi Nyawa, Angka Keseluruhan Kini 11 Kematian

Beliau berkata, pembayaran akan diberikan kepada keluarga mangsa. – Bernama

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.