“Memang Ada Lelaki Mahu Berkenalan Dengan Saya, Tapi…”

Posted on

Sedar tak sedar sudah hampir sembilan tahun Siti Nordiana bergelar sebagai ibu tunggal. Hangat diperkatakan gosip cinta dengan Khai Bahar, namun Nana berkata dia belum lagi memikirkan soal untuk berumah tangga lagi.

Menurut Nana, banyak perkara lagi yang perlu diberikan keutamaan lebih-lebih lagi tanggungjawab dalam membesarkan anak lelakinya, Mohammad Rayyan Nakhaie, kini berusia 11 tahun dan bakal meniti alam remaja.

Baca :“Boleh Ke Terima Status Saya Janda Anak Satu?”

“Saya mesti kuat menggalas status ibu tunggal. Belum masanya untuk saya memikirkan soal kahwin secara serius. Ini kerana ia memerlukan kita bersedia dalam aspek fizikal dan mental.

“Saya sering berdoa kepada Allah untuk menjauhkan diri ini daripada lelaki yang bukan jodoh saya. Insya-Allah, apabila sampai masanya, tibalah jodoh saya. Sekarang, fokus saya adalah anak dan kerjaya seni,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Nana mengakui ada lelaki yang menyatakan hasrat untuk berkenalan dengannya tetapi baginya kerjaya dan anak adalah lebih penting. Ujarnya lagi, sebagai wanita matang, dia tidak boleh ambil mudah soal cinta kerana banyak hati perlu dijaga.

“Memang ada pihak menyatakan hasrat untuk berkenalan. Namun, tumpuan saya kembali kepada kerjaya dan membesarkan anak,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.