Polis mengesahkan menerima laporan mengenai program bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Langkawi.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata lima laporan tersebut dibuat oleh anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Langkawi di Balai Polis Kuah pada 4.30 petang semalam.
” Laporan dibuat oleh lima anggota PPBM berhubung program bekas perdana menteri itu di kawasan Pantai Cenang hari ini (2 Feb).
” Polis mengambil maklum dan sudah menasihatkan pihak penganjur, mereka berjanji hanya membuat program minum pagi sahaja di dalam restoran dan tiada sebarang ceramah akan dilakukan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata polis akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa.
Sementara itu berdasarkan laporan polis itu, pengadu mahu polis menjalankan siasatan dan tinjauan sama ada program tersebut mendapat permit, ada unsur hasutan serta perkauman.
” Buat “selfie” pun salah?,” tanya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap
anggota Pakatan Harapan (PH) yang membuat laporan polis ke atasnya susulan program di Langkawi, Kedah.
Malah, Najib sempat berpesan agar mereka bertenang kerana beliau sekadar ‘jalan-jalan’.
” Sampai ada beberapa orang perlu membuat laporan polis terhadap saya? Rilekslah. Saya ke sini untuk jalan-jalan, sembang-sembang dan makan ikan bakar sahaja,” katanya melalui status di lama Facebook.
Pada masa sama, beliau turut bertanya apa lagi larangan hendak dibuat ke atasnya selepas ini.
” Tahun lepas nak sekat saya main FB, sekarang nak larang saya selfie dengan kawan-kawan.
Apa lagi selepas ini?,” ujarnya.
Populariti mendadak yang dikecapi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya sekadar di media sosial sahaja, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, populariti itu tidak menggambarkan realiti sebenar, dan Najib tidak dikira sebagai satu ancaman buat kerajaan.
Mengenai kritikan yang diutarakan Najib kepada kerajaan melalui laman Facebook dan Twitter, Dr Mahathir bertanya kembali, mengapa segala kritikan itu tidak diselesaikan sendiri sewaktu Najib menjadi Perdana Menteri dahulu.
“ Mengapa dia tidak buat semua perkara itu sewaktu menjadi Perdana Menteri dahulu? Jika dia buat, kemungkinan besar dia masih lagi jadi Perdana Menteri sekarang.
“ Masa zaman dia, apabila orang ditangkap, belum didakwa sudah terpaksa memakai baju oren (pakaian lokap) dan sebagainya.
” Tetapi zaman ini, dia masih lagi bebas pergi ke mana mana memberi ceramah dan sebagainya. Ini menunjukkan kami ini kerajaan yang adil, bukan diktator,” kata Dr Mahathir selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Kredit: astroawani