Baru-baru ini, persembahan koleksi pakaian pelakon Nur Fazura di Kuala Lumpur Fashion Week 2018 menjadi bualan ramai apabila tampil dengan konsep lain dari yang lain serta menampilkan model berbadan gempal.
Rata-rata netizen memuji gimik persembahan Fazura yang dikatakan setanding pertunjukan fesyen antarabangsa. Idea menggunakan model berbadan besar turut dipuji ramai kerana persembahan seperti itu hanya dapat dilihat diluar negara sahaja.
Model tersebut bernama Monalisa atau lebih dikenali sebagai Pom mendedahkan bahawa Fazura memilihnya sebagai model bukan kerana mahu memalukan dirinya. Sebaliknya ingin membuktikan pada mereka diluar sana bahawa isu ‘body shaming’ bukan bahan jenaka dan semua orang berhak dilayan sama rata.
Namun, ada juga yang mendakwa Fazura sengaja menggunakan model berbadan besar untuk memerli pelakon Faezah Elai mengenai isu ‘body shaming’ yang menjadi bualan ramai beberapa minggu lalu.
Dalam pada itu, menerusi Instagramnya, Pom mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kata-kata semangat yang diberikan padanya. Katanya, selepas menyertai pertunjukan fesyen itu, popularitinya naik mendadak.
Apa yang pasti, Monalisa membuktikan bahawa mereka berbadan gempal juga boleh jadi cantik dengan gayanya tersendiri. Semoga ianya menjadi semangat dan inspirasi buat mereka di luar sana untuk tampil lebih yakin.
sumber :rotikaya