Menantu Mengidam Punya Pasal, Mentua Sanggup Kejar Lori Milo

Posted on

Sudah menjadi kebiasaan bagi ibu hamil apabila teringin nak makan sesuatu. Tetapi yang susahnya, jika makanan yang diidamkannya itu sukar untuk didapati.

Tetapi sebagai suami, pasti sanggup lakukan apa saja untuk mendapatkan apa yang diidamkan oleh isteri melihatkan wanita yang dikasihinya itu sanggup berpenat lelah kandungkan anak mereka selama 9 bulan.

Namun berbeza dengan kisah viral ini, ibu bapa mertua sanggup mengejar lori untuk menunaikan hasrat menantu kesayangannya yang mengidam untuk minum air Milo dari lori itu sendiri.


Menerusi perkongsian Azmer Merzam di Twitter, ibu dan bapanya sanggup mengejar sehingga lori itu berhenti di tepi jalan. Namun, hasrat isterinya itu tidak dapat ditunaikan kerana tiada bekalan air milo yang sudah dibancuh.

Menurut Azmer, isterinya mengidam air Milo dari lori sejak usia kandungan 2 bulan lagi dan kini kandungannya mencecah lapan bulan. Katanya lagi, hampir setiap hari isterinya minum Milo.

Perkongsian Azmer itu mendapat perhatian ramai netizen yang memuji sikap ibu bapa mentua wanita berkenaan serta berharap dapat mentua sebegitu apabila kahwin kelak.

Beruntungnya dapat ibu bapa mentua sporting macam ini. Mana tahu selepas kisah mereka tular, mereka berjaya dapatkan air Milo dari lori.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.