Menarik! Menteri Sedia Jumpa Nur Sajat, Safiey Illias

Posted on

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh bersedia menemui dua usahawan kosmetik Nur Sajat Kamaruzzaman dan Safiey Ilias yang dikatakan menghadapi konflik identiti diri bagi membantu mereka kembali kepada fitrah.

Fuziah yang mempunyai latar belakang dalam bidang kaunseling berkata konflik dalaman kedua-dua personaliti itu perlu diselesaikan dengan pendekatan berhemah, bukan dengan membenci mereka.

“Saya tidak mengatakan apa yang dilakukan mereka itu betul dan boleh diterima kerana yang haram tetap haram, tapi pendekatan dakwah yang perlu diambil … bukan dengan cara menghukum,” memetik kenyataannya yang dikeluarkan oleh Bernama.

Menurut Fuziah, dia sendiri berpengalaman menyaksikan golongan lelaki yang menyerupai wanita kembali kepada fitrah apabila didekati secara berhemah.

Baru-baru ini, Safiey dan juga Sajat sedang rancak menyindir antara satu sama lain. Sementara itu dalam perkembangan terbaru, Safiey melalui akaun Instagram menyatakan kesediaan untuk berjumpa dengan Fuziah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.