Kebahagiaan menurut setiap individu adalah berbeza. Ada yang sama dan ada yang mungkin berlainan. Mungkin ada orang yang berasa bahawa memiliki kehidupan serba mewah merupakan aras kebahagiaan yang mereka ingini.
Ada pula sesetengah daripada kita hanya mahu hidup sederhana sambil dikelilingi oleh keluarga sudah cukup membahagiakan mereka. Ada pula yang hanya mahu diberi kesihatan yang sempurna mampu membuatkan diri mereka bahagia. Jadi, anda bagaimana? Pernahkah anda terfikir apa yang anda mahukan dalam kehidupan anda?
Baiklah, jika anda berasa hidup bersederhana sambil dikelilingi oleh ahli keluarga sudah cukup membuatkan anda bahagia, anda sama dengan wanita berusia 40 tahun ini yang bernama Mini. Mini berasal dari Perancis dan mempunyai 8 orang anak.
Mereka hidup bersama-sama dengan 20 ekor anjing peliharaannya di sebuah kampung. Setiap hari, mereka bangun dengan panorama menarik yang tidak terdapat di kawasan bandar – sinaran matahari, dikelilingi dengan langit luas membiru serta kepulan awan-awan putih di luar rumah.
Selain itu, mereka dapat mendengar kicauan burung sambil terbau wangian bunga serta pokok-pokok semula jadi yang terdapat di sekeliling mereka. Rumput yang menghijau ternyata amat berbeza sekali dengan kehidupan hiruk pikuk di bandar-bandar besar amnya.
Menurut mereka, mereka bagaikan hidup di syurga! Mini sememangnya lebih gemar hidup sebegini kerana berasa tenang dan mampu memberikan sepenuh masa dan perhatian kepada suami dan anak-anaknya.
Sebenarnya, Mini juga pernah menghadapi waktu-waktu sukar dalam kehidupannya di mana dia kehilangan suami pertama. Namun, sinar hidupnya muncul kembali setelah bertemu dengan suami keduanya sekarang.
Suaminya merupakan seorang jurugambar sebelum bertemu dengan Mini. Mereka jatuh cinta pada pandangan pertama dan memilih untuk berkahwin. Bersama-sama tiga orang anak Mini dan beberapa ekor anjing, mereka mula membina sebuah keluarga baru.
Beberapa tahun kemudian, mereka dikurniakan 5 orang anak. Timbul pula masalah di rumah pangsapuri yang mereka diami di Paris. Ia tidak cukup luas untuk menempatkan mereka sekeluarga dengan selesa.
Harga rumah yang melambung tinggi juga menimbulkan masalah. Lantas, suaminya mencadangkan agar mereka berpindah ke kawasan pinggir bandar, di mana Mini pada mulanya tidak bersetuju namun akhirnya akur dengan cadangan suaminya.
Tetapi, ia tidak berakhir di situ. Kos sara hidup di pinggir bandar juga masih tinggi, membuatkan mereka akhirnya memilih untuk berhijrah ke kawasan yang lebih jauh – 5 hingga 6 jam perjalanan daripada pinggir kota bagi mencari rumah yang jauh lebih murah dan selesa.
Ternyata Mini tidak pernah menyesal dengan keputusannya. Udara di sekitar kampung yang nyaman dan bersih sebenarnya merupakan antara ‘harta’ yang bernilai dan dia amat bersyukur akannya. Di kampung, mereka boleh berlari sepuasnya tanpa gangguan dan berasa bebas sebebasnya.
Anak-anak Mini pula lebih suka bercucuk tanam bersama ibu bapa mereka – sayuran ataupun bunga-bungaan. Mereka tidak lagi menghabiskan masa dengan bermain permainan video, sebaliknya akan menghabiskan masa dengan memetik buah-buahan segar ataupun bermain dengan anjing-anjing mereka.
Jika diamati, Mini tidak seperti wanita yang telah berusia langsung. Hal ini kerana, Mini tidak dibelenggu dengan banyak perkara seperti mana kehidupan mereka di bandar ketika dahulu. Dia berasa lebih bahagian dan tenteram dengan kehidupannya sekarang.
Mungkin itu menjadi rahsianya kelihatan awet muda dan bertenaga. Selain itu, makanan mereka terdiri daripada makanan yang organik hasil tanaman mereka sendiri. Mereka tidak perlu risau lagi akan penggunaan racun serangga yang ternyata merbahaya daripada aspek kesihatan.
Walaupun hidup di kampung, Mini juga turut memiliki akaun Instagram ya! Dia juga menerima ratusan ribu pujian dan kata-kata semangat daripada pengguna lain.
Menurut Mini, “Saya hanya cuba yang terbaik untuk merasakan kebahagiaan dengan cara saya sendiri. Hidup ini terlalu singkat dan akan berjalan dengan pantas. Agak mustahil untuk mencapai semua impian namun ia tidak boleh membuatkan kita berputus asa. Kita yang menentukan hidup kita jadi kita harus pilih jalannya”.
Walaupun sibuk dengan membesarkan anak-anak dan bercucuk tanam, namun Mini masih lagi mementingkan aspek penjagaan dirinya. Dia tidak kelihatan dimamah usia langsung! Wajahnya sentiasa sahaja tersenyum.
Namun dengan rendah hati, Mini berkata : “Saya hanya mencuba yang terbaik untuk menggali dan merasakan kebahagiaan dengan cara saya.”
Seumur hidup manusia itu terlalu singkat, berlalu begitu saja hanya dalam beberapa puluh tahun, dan saking singkatnya sampai begitu banyak mimpi yang tak bisa digapai menjadi penyesalan.
“Kita tidak dapat menentukan hidup kita, tetapi kita dapat memilih bagaimana menjalani hidup ini!” tambahnya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: EraBaru