Menteri Industri Utama, Teresa Kok mengajak semua Ahli Parlimen supaya mengambil minyak sawit merah untuk terus kekal ‘awet muda’. Malah, semua Ahli Parlimen di Dewan Rakyat dibekalkan minyak sawit merah untuk diminum bagi mendapatkan hasil awet muda.
Jelasnya, minyak sawit merah kaya dengan mikronutrien dengan lebih 20 jenis kumpulan karotenoid juga bersifat antioksida dan bebas daripada lemak trans.
“Semua (wakil rakyat) akan diberikan minyak sawit merah secara percuma hari ini di Parlimen, semua akan dapat menikmati kelazatan minyak sawit merah ini.
“Semua akan jadi ‘awet muda’ seperti Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri, seperti Yang diPertua dan juga saya,” katanya.
Dalam pada itu, Datuk Seri Ismail Sabri (BN-Bera) juga bangkit dan meminta Teresa untuk perbanyakan meminum minyak sawit merah supaya kekal awet muda.
Terdahulu, Dewan Rakyat gamat seketika apabila Menteri Industri Utama, Teresa Kok mengajak ahli-ahli Parlimen supaya mengambil minyak sawit merah untuk kekal ‘awet muda’.
Beliau berkata demikian dalam soalan tambahan Ismail Sabri berhubung kajian terperinci mengenai tanaman integrasi di ladang kelapa sawit.