Michael Ang Dedah Sudah Peluk Islam Setahun Lalu

Posted on

Dikatakan sudah bergelar Mualaf semenjak mula belajar berpuasa pada Ramadan tahun lalu, pengarah dan penerbit, Michael Ang mengesahkan dia sudah memeluk agama Islam lebih setahun lalu.

Perkara itu didedahkan Michael sendiri menerusi satu video eksklusif. Menurut Michael, dia mendedahkan perkara itu bertujuan tidak mahu masyarakat memperkatakan mengenai status agamanya setiap kali dia menunaikan solat Jumaat di masjid.

“Alhamdulillah, kini sudah lebih setahun saya bergelar seorang Muslim. Saya dah sedia memberitahu semua mengenai perkara ini. Sejujurnya, selama saya mendalami agama Islam, masih ada banyak perkara yang saya harus pelajari.

“Untuk saya mula tunaikan solat Jumaat, lebih baik saya berterus terang daripada ada orang melihat saya di masjid dan memperkatakan tentang perkara ini.

Dalam pada itu, Michael memberitahu juga tidak mahu perkara tersebut diperbesarkan serta meminta orang ramai mendoakan yang terbaik serta semoga penghijrahannya akan sentiasa diberkati.

“Sebenarnya kalau boleh tak nak memperbesarkan kerana ini antara saya dan Allah. Doakan sahaja saya kekal di jalan ini dan saya alu-alukan segala tunjuk ajar,” katanya.

Diruangan komen akuan Instagram miliknya, ramai netizen meluahkan rasa gembira dan bersyukur di atas penghijrahannya itu. Malah ramai yang mendoakan agar Allah sentiasa memelihara hatinya dan kekal istiqomah.

sumber : rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.