Mira Filzah Melaram Dengan 20 Helai Baju Raya

Posted on

 

Amboi ingatkan Che Ta dan Zain Saidin sahaja yang melaram dengan ratusan helai baju raya setiap tahun, rupanya pelakon Mira Filzah pun mahu bergaya sakan juga!

Kata Mira Filzah, dia bakal menggayakan lebih 20 pasang baju raya sepanjang Syawal ini.Pelakon drama Meh Sandar Pada Aku ini berkata, baju-baju tersebut ditaja oleh jenama tekstil terkenal, Ariani apabila dia dilantik menjadi duta jenama itu.

“Alhamdulillah, tahun ini saya tidak perlu beli baju raya kerana ditaja oleh Ariani. Bolehlah digayakan sepanjang Aidilfitri nanti,” katanya kepada portal MStar Online.

Bercerita tentang Aidilfitri, pelakon berusia 24 tahun ini memberitahu sudah sepakat dengan keluarganya untuk menggayakan pakaian berwarna sama.“Setiap tahun kami akan menempah baju daripada kain yang sama sekeluarga. Ia menjadikan ia lebih meriah dengan semangat dan keterujaan untuk sambutan tersebut.“Tahun ini masih mengekalkan tema warna tetapi kain lain-lain, mereka tahu saya sudah ada baju sendiri,” ujarnya.
Mira yang beraya di Perak memberitahu kuih kegemarannya ialah wajik dan seri muka yang dibuat oleh keluarga sebelah ayahnya.

“Setiap tahun kuih wajib yang pasti akan ada ialah wajik dan seri muka, ia memang kuih kegemaran kami sekeluarga. Susah nak cakap sedap kuih itu lain macam” ujarnya.

Kredit to : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.