Mizz Nina, Noh Salleh Terbang Ke Syria Untuk Bantu Umat Islam

Posted on

Pasangan Noh Salleh dan Mizz Nina memang terkenal dengan misi-misi amal yang sering dilakukan bersama. Terbaru pasangan itu terbang ke Turki pula bagi memulakan misi Ramadan Cinta Syria Malaysia yang kedua.

“Semoga Panjang Umur, Jika Tidak Jumpa Di Syurga”

Menerusi Instagram, Noh merakamkan ucapan terima kasih kerana masih diberi kepercayaan mengagihkan bantuan rakyat Malaysia kepada saudara Islam yang memerlukan di sekitar sempadan Turki, Syria dan Lubnan.

“Kami dah nak boarding menuju ke Turkey memulakan misi ramadhan @cintasyriamalaysia yang ke-2. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mengagihkan bantuan anda kepada saudara kita yang memerlukan di sekitar dalam Syria dan Lubnan”

Dalam masa yang sama, pasangan itu juga memohon doa peminat agar perjalanan mereka selama dua minggu itu berjalan dengan lancar disamping mengucapkan selamat tinggal kepada semua rakyat Malaysia.

“Doakan perjalanan 14 hari yang mendatang. Semoga panjang umur kita jumpa lagi ditanah Malaya. Kalau tak, Insyallah jumpa di syurga. Sayang korang!,” tulisnya mengucapkan selamat tinggal kepada rakyat Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.