Terbaru, Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dalam satu kenyataan memberitahu bahawa peminjam sewa beli (hire purchase) dan pembiayaan Islam (islamic financing) dengan kadar tetap akan dikenakan faedah selama 6 bulan moratorium.
Kedua-dua pinjaman pada masa ini tidak dikenakan caj faedah, tetapi Bank Negara Malaysia (BNM) dan Persatuan Bank Malaysia (ABM) telah mengumumkan perubahan yang akan berkuat kuasa esok (1 Mei 2020).
Menurut siaran media, BNM memberitahu bahawa mulai 1 Mei 2020, moratorium 6 bulan tidak lagi menjadi pilihan automatik untuk semua pelanggan.
Seorang individu, Khairi melalui Twitter miliknya menjelaskan sedikit-sebanyak mengenai perkara ini.
Masih ingat Moratorium (Penangguhan Bayaran) yang Muhyiddin umumkan bulan lepas?
Tiba-tiba tadi BNM kata kena bayar juga?
Apa benda ni?ini thread untuk kita semua
— Khairi / #KitaJagaKita (@khairizulfadhli) April 30, 2020
1. Mac lepas BNM umumkan semua yang ada pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan pinjaman sewa beli kenderaan akan dapat penangguhan bayaran sampai September. Automatik, tak payah mohonhttps://t.co/jierPD0ZNn
— Khairi / #KitaJagaKita (@khairizulfadhli) April 30, 2020
2. Hari ni (30 April) BNM kata takAutomatik. Kena mohon juga dari bank. Kenapa? Jawapan "Kenapa" itu saya tak boleh jawab.
Tapi ini apa yang akan berlaku..https://t.co/tz0XfAUrEY
— Khairi / #KitaJagaKita (@khairizulfadhli) April 30, 2020
3. Bank akan call dan bagi tiga pilihan.
(1) Pilihan Pertama
Bayar lumpsum ansuran April-September + ansuran Oktober pada bulan Oktober.
Maknanya kalau sebulan Cik Kiah bayar kereta Axia RM400, pada bulan Oktober dia kena bayar lumpsum RM 2 800 ke Bank
— Khairi / #KitaJagaKita (@khairizulfadhli) April 30, 2020
(2) Pilihan Kedua
Bayar selepas tempoh pinjaman tamat + 6 bulan.
Maknanya kalau pinjaman dia tamat tahun depan bulan 4 contohnya. Dia kena bayar lagi 6 bulan. Kira extend dari bulan 4 tahun 2021 ke bulan 10 tahun 2021
— Khairi / #KitaJagaKita (@khairizulfadhli) April 30, 2020
(3) Pilihan Ketiga
Bayar macam biasa dari April hingga September
Jadi apa masalahnya?
BNM dah benarkan loan ni dikenakan interest. Maknanya kalau kau tak bayar pun, bunga tetap jalan. Kalau sebulan bunga kau RM300, 6 bulan punya bunga RM1300 TETAP JALAN.
— Khairi / #KitaJagaKita (@khairizulfadhli) April 30, 2020
Ini termasuk dengan Pinjaman Islamik ke?
YA, TERMASUK PINJAMAN ISLAMIK
— Khairi / #KitaJagaKita (@khairizulfadhli) April 30, 2020
PEMBETULAN
Bunga kalau sebulan RM300, 6 bulan maknanya RM1800.
BUNGA TETAP JALANBukan RM1300. Maaf 🥺https://t.co/88j3u1IC6p
— Khairi / #KitaJagaKita (@khairizulfadhli) April 30, 2020
Sumber: Twitter @khairizulfadhli