Seorang mualaf dari Indonesia yang berhati mulia iaitu Steven Indra Wibowo, bersedia menjual kesemua hartanya termasuk rumah dan kenderaan mewah.
Apa yang menariknya, wang itu bukan untuk kepentingan peribadi, tetapi untuk disumbangkan kepada masyarakat yang terkena wabak COVID-19.
Steven menjual aset miliknya iaitu dua buah rumah dan tujuh buah kereta untuk membeli keperluan seperti pakaian alat pelindung diri PPE , sarung tangan, topeng muka danย hand-sanitizer.
Di samping itu, Steven juga mengedarkan ribuan bungkusan makanan kepada orang ramai dan menganggap semua harta benda di dunia ini dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT, sehingga suatu hari pasti akan kembali.